Selamat Petang,
Sebenarnya mood dah kemana da ni.. Esok cuti hingga Isnin, rasa macam banyak aktiviti nak di buat minggu ni.. Nak kemas rumah.. nak kemas rumah..
Nak menjahit baju customer pon ye.. Alhamdulillah rezeki..
Satu untuk konvo cust di USM kena siap before 19hb ni,
dan 3 lagi, baju kawen kawan saya.. yang ni saya akan update later..
Tadi godek-godek album lama.. terjumpa gambar danish masa 10 hari.. nak kena check kuning.. Danish kena kuning masa hari ke 3, so kena tahan wad sehari.. itu mungkin sebab saya minum pati haruan. Doktor cakap, baru lepas bersalin tu , haruan hidup sahaja yang boleh dimakan , pati haruan tak digalakkan.. Boleh menyebabkan bayi kena kuning..
So, dah tau tu, serta merta saya berhenti minum pati haruan tu , sempat minum sebotol je.. alhamdulillah, Danish kena tahan wad sehari jerk.. lepas je kena kuning, saya paksa dia minum susu, tido pon saya kejut, suh minum susu jugak , sebab ibu dia fobia nak duk wad lagik.. haha.. ( padahal xde la teruk benar duk wad.. )
....
..
Ni dia budak kecik ni.. Berat lahir 3kg
Masa nikah cousin di Ampang ( 4 bulan )
Ok , dah kul 5.. Nak balik jumpa, budak bucuk ni..
Selamat bercuti..
Salam 1 Malaysia.. Yeah..