Friday, July 20, 2012

Ramadhan



Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan atas semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah di lakukan

baik secara langsung mahupun melalui dunia maya,

Jauh didalam hati yang senantiasa didalam genggaman Allah,

mengucapkan :Selamat Menyambut Ramadhan

" Marhabban Ya Ramadhan,

 

Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memberikan Barkahnya di Bulan penuh Hikmah ini.

  



Friday, July 06, 2012

hAPPY bIRTHDAY dANISH sAYANG


Semoga menjadi anak yang soleh, diberikan kesihatan yang baik sentiasa ye sayang..
We Love you so much.. Tak tergambar dengan kata - kata..


Wednesday, June 13, 2012

~Sajak Buat Breastfeeding Mothers~


tersentuh pun ada bila baca sajak ni..
jumpa di FB mumdreams , terus copy and paste kat blog ni..


~Sajak Buat Breastfeeding Mothers~


Sebalik box putih itu
tersimpan air putih suci
sebagai tanda kasih
untukmu anak yang jauh dari sisi


Disitu tersimpan erti tabahku
terik mentari membakar kulit
tak kubiar ia jatuh kebumi walau setitis
kerana anugerah itu hanya untukmu


siapa kata aku tak rindu
siapa kata sayangku lelah
siapa kata tangismu tak kudengr
siapa kata ku tak mimpi riangmu


Di sebalik celoreng itu,
kusimpan sabar untukmu
disaat senjata ditangan
seakan kau hadir dalam rahimku
memberiku semangat untuk tegar 
di bawah terik di atas lumpur


Di sebalik box itu,


tersimpan sejuta kasih yang sukar dirungkai
walau harganya bukan wang ringgit
tapi tiap titisannya adalah jiwa
kusimpan rapi sebagai erti kasih
kerana cinta ku setinggi gunung
hampir lupa erti malu
mengendong box putih kesana sini
demi anakku tercinta


disebalik Box Putih,


Jika aku tak malu membawanya
jika aku tahan mengangkatnya
jika aku sabar menjaganya
jika aku setia menyimpannya
jika aku jujur memerahnya
jika aku tabah menjaganya
jika aku syukur mendapatnya
semua itu hanya keranamu anakku


Disebalik Box Putih itu


hanya aku dan Tuhan yang mengetahui
setiap helaian urat kecil
dalam hatiku mengalir
rasa cintaku pada mu melebihi segalanya


nukilan : Amir Shah Noor Ahmad, 11/05/2012
Selamat hari ibu

Credit to : http://cinta-mummy.blogspot.com/2012/05/sajak-buat-breastfeeding-mothers.html

Wednesday, June 06, 2012

Wordless Wednesday




- k e k a c a n g -

Tuesday, June 05, 2012

Bahagia..




A good wife gives happiness and long life to her husband. Allow me, dear, for our anniversary to wish you to share this long life with me!
Happy second Anniversary .. 



For little Danish, Wishing you a year of smiles, giggles and fun. Happy birthday baby.



Wednesday, May 30, 2012

wordless wednesday : Terima kasih atas rezekimu Ya Allah


Syukur alhamdulillah..

Thursday, May 24, 2012

-Beriadah di hari minggu -

ouchh.. lamanya xupdate..
ieja semakin malas.. tolong lah..huh

Memandangkan Ahad lepas my hubby tak de kerja nak buat , tak kan nak duduk rumah je kan..
Kena la rehat minda, otak segala..
Jom jalan-jalan..


..


..

Kami ke taman KLCC.. Sebenarnya dah lama sangat tak datang sini..
Keluar rumah pun sudah lewat petang , kebetulan pula  masa sampai ni hujan.. Memang memasing melenggang je la.. Tak bawak keluar baju mandi budak kecik ni.. 


Tak pe la, dapat cecah kaki dalam air tu pon dah ok dah kan..



Bukan main seronok lagi dia ..



Tengok orang keliling berlari, bukan main lagi dia menegur.. 





Nampaknya itu saja la laporan kali nih..
Sekali sekala beriadah macam ni best jugak.. selalu bawak Danish gi tasik je..  :)