Monday, February 22, 2010

:: DIY bunga tangan ::

Disebabkan hari ni baru berkesempatan nak update,

aku rasa macam nak membebel panjang lebor jerk..
Tp tetap dengan topik2 kawen2 ni.. lagi 2 bulan lebih je ..
Masa sekarang terasa terlalu pantas..
Macam xcukup masa nak siapkan semua..



Bila pk balik, nak buat macam mana..
sendiri mau kawen, sendiri tanggung la kan..
Sekurang2nya untuk majlis sendiri kita mahukan yang terbaik ,
yang penting ikut kemampuan...
Yang mana aku boleh buat sendiri, aku akan usaha buat sendiri..
Rasa seronok dapat tengok hasil.. Tak kisah bertungkus lumus selama mana pon..

ok.. balik pada topik asal.. kali ni aku nak update pasal bunga tangan
setiap kali majlis kawen, pangantin mesti ada benda ni..
Tak penah lagi aku nampak pengantin jalan gonjeng tanpa apa-apa kat tangan..
Tak kira la apa jenis bunga pun..
Artificial flower, fresh flower.. sama je..




Ni hasil carian aku kat google..


http://www.cherishmywedding.com/2008/07/22/types-of-hand-bouquets-for-wedding/



tengok, ada type tersendiri kan..

okies.. pic 1,

Ada yang cadangkan kat aku guna pomender ni sebagai bunga tangan.. cantik jugak kan..


Fresh flower memang menarik.. rasa macam nak 1...

Kalau tak silap ni bunga carla lily.. Cantik sangat kan.. tapi rasanya seperti tidak sesuai dengan semua baju..

Alahai.. cantiknya..


Memang meruntun kalbu lah.. hee syantikk...

...

...

..

bunga tangan untuk majlis sanding , masih terpk2 lagi..

.. dan sekarang..

aku dah selesaikan bunga tangan untuk digunakan masa nikah nanti..


Morning Glory.. xtau la jadi ke x.. asal nampak rupa je..


bunga kecik-kecik buat pelengkap gaya je lebey.. eh eh..

...
..
..
..

jarang sangat kan.. nampak lagi kehijauan span tu..

..
..
..
.

akhirnya siap jugak.. yang hijau-hijau tu aku tutupkan dengan riben gold..
sumbat je dalam tu.. hee..
** da berjaya mengurangkan 1 kerja..
tp bunga pahar masih banyak lagi menunggu..
Ada sapa2 nak tolong?? hehehe..

Sunday, February 14, 2010

:: Wedding Cake ::

Yeah ..


Kali ni mau berbicara pasal kek pula.. Aku terlalu berangan- angan mahu selitkan juga sessi untuk memotong kek.. Tak kira la , apa cara sekali pun.. banyak sangat pendapat yang aku terima.. Ada yang setuju dan x kurang jugak, ada yang mengkritik.. Peduli la apa orang cakap, rasanya macam xsanggup nak pk.. Semuanya serba xkena..

okies.. habis sesi luah perasan..



So , skang aku nak tau pendapat korang pulak.. boley kan.....



Bilakah masa yang sesuai nak potong kek?? Adakah lepas makan beradap atau pun malam selepas bersanding?



Aku sangat confius skang ni.. Kalau aku buat selepas bersanding, maybe akan tergesa2 skit, dengan nak tukar baju nya, nak pergi outdoornya..


tp xpe la.. aku memerlukan buah fikiran dari kalian..

Kek aku tak tempah lagi..
Sekarang tengah sibuk google je.. Tengok la seperti kat bawah ni..




Macam2 design menarik.. terpegun aku.. putih memang cantikk...




ada bunga orange macam ni.. lagi buat aku berkenan...






canteekkk sangat...




** tapi, tunang saya tetap mahukan kek Secret Recipe..
Dengarnya sekarang mereka ada buat kek 2 tier..
Betul ke??

Thursday, February 04, 2010

:: candelier ::


Hye..

Terasa lama sangat tak update blog..
Setelah bermacam2 dugaan yg aku tempuh.. alhamdulillah , aku semakin kuat..
Terima Kasih atas dorongan kalian..

dah.. dah2.. hidup kena teruskan.. betol tak?

Kembali pada perancangan wedding aku nnt..pasal candelier
harap ejaan tu betul..

aku bersungguh2 nak dapatkan candelier ni..
cadangnya mahu letak kat pelamin..
cantikkan..

apa pendapat korang???

oh.. xmungkin letak lilin.. macam2 kemungkinan nanti..hee..

ops.. tidaklah sebijik seperti diatas..
ikut kemampuan..
** agak2 bile IKEA ada sale kan kawan2??