Tuesday, October 30, 2012

Rezeki & Dugaan


Bulan ni terlalu sibuk, macam- macam hal..
Tapi yang lebih sibuknya sebab siapkan tempahan jahit manik.
Syukur Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki saya dalam bidang ni..

Ni semua baju yang siap bulan ni.. tak banyak mana pon.. 4 helai je.. Tapi sehelai tu xtau kemana hilang gambarnya.. 

Saya diberi kepercayaan oleh kawan saya untuk jahit baju kawen dia..  Sempat siap sebelum raya haji.. 

Ni la hasilnya, tp xboleh tunjuk keseluruhan lagi.. hehe.. 
Tuan punya badan minta selesai acara baru tunjuk semua..

Baju-baju ni  kawan saya hantar kat tailor untuk jahit..
Ni baju bersanding, pandai dia design.. cantik..
Tak payah sewa.. lenkali , boleh pakai lagi..

semua gambar ni saya upload kat instagram

*apsal pelik bebenor gambor ni


ok tu je cerita tentang baju, 

ni nak cerita tentang anak bujang kesayangan.

Danish da 2 hari sakit tekak, kesian sangat tengoknya..
makan langsung tak mau, minum pon sama..
menyusu pon xnak maybe susah nak sedut..

Malam td, bagi dia minum susu guna sudu.
mungkin dia dah rasa ok sikit, dia minta direct feeding..
Alhamdulillah dia da boleh minum dan makan, 
Hari ni saya bekalkan bubur.. 
Harap-harap anak bujang dah boleh makan seperti sedia kala..


Ya Allah, 
Dengan kuasamu Ya Allah, aku bermohon sembuhkanlah anakku..


Friday, September 14, 2012

Semalam dan Hari ni..


Selamat Petang,


Sebenarnya mood dah kemana da ni.. Esok cuti hingga Isnin,  rasa macam banyak aktiviti nak di buat minggu ni.. Nak kemas rumah.. nak kemas rumah.. 

Nak menjahit baju customer pon ye.. Alhamdulillah rezeki.. 
Satu untuk konvo cust di USM kena siap before 19hb ni,
dan 3 lagi, baju kawen kawan saya.. yang ni saya akan update later.. 


Tadi godek-godek album lama.. terjumpa gambar danish masa 10 hari.. nak kena check kuning.. Danish kena kuning masa hari ke 3, so kena tahan wad sehari.. itu mungkin sebab saya minum pati haruan. Doktor cakap, baru lepas bersalin tu , haruan hidup sahaja yang boleh dimakan , pati haruan tak digalakkan.. Boleh menyebabkan bayi kena kuning..

So, dah tau tu, serta merta saya berhenti minum pati haruan tu , sempat minum sebotol je.. alhamdulillah, Danish kena tahan wad sehari jerk.. lepas je kena kuning, saya paksa dia minum susu, tido pon saya kejut, suh minum susu jugak , sebab ibu dia  fobia nak duk wad lagik.. haha.. ( padahal xde la teruk benar duk wad.. )


....



..




Ni dia budak kecik ni.. Berat lahir 3kg




Masa nikah cousin di Ampang ( 4 bulan )


Ok , dah kul 5.. Nak balik jumpa, budak bucuk ni..
Selamat bercuti..
Salam 1 Malaysia.. Yeah..


Thursday, September 06, 2012

Teruna 1 Tahun 2 bulan


Syukur Alhamdulillah.. 
Tak pernah saya berhenti bersyukur padamu Ya Allah, kerana memanjangkan usia saya, untuk merasai segala nikmatmu ini..

Anak kesayangan saya ,  Danish da  1 tahun 2 bulan.
Rasa macam dah besar sangat gayanya.. :) dah pandai berjalan, dah pandai sakat orang , kuat mengelamun bila bangun tido dan paling hebat dah pandai panjat tangga.. ha, yang last tu ibu xberapa suka.. Jantung  berdegup kencang je bila dia tiada kat port slalu dia, depan tv..

Danish dah paham banyak benda.. bila anjing sebelah rumah bising, cepat-cepat ke pintu sambil mulut tak henti " dog..dog.. " yang xtahan, dengan bunyi-bunyi sekali keluar..

Macam malam tadi, dia baring golek-golek depan tv, sekali kat siling ada cicak, cepat -cepat bangun dan dtg kat saya, tarik tangan sebab nak tunjuk cicak tu.. " cak .. cak.. hooo.."  alahai sangat comell.. dah la jalan terkedek-kedek.. :)

Danish cukup senang kalau nak potong kuku dia.. Kalo nak potong kuku kaki, siap landing kat bantal, pastu terus lunjur kaki.. kelakar kan..

Bila henpon saya atau suami berbunyi, nanti dia cakap "pah, tok" .. sebab dia tau agaknya atok dengan opah hari-hari akan call nak cakap dengan dia..

Bila lepas makan, saya minta dia letak pinggan dalam sinki, laju je letak, pastu bising cakap " dah...dah"

Mulut boleh tahan riuh.. kalau dia tido, senyap je umah..

Danish belum pandai nak sebut " ibu " lagi.. tapi kalau panggil ayah, alahai lembut je suara.

Bila saya siap bertudung, dia laju gi pintu pastu " jom..jom" sambil tangan pegang kat tombol pintu.. :) 

dan macam-macam lagi perubahan Danish..

Dah tak nak berpegang.. 


with abang Thaqif. Abang yang selalu setia ikut kemana adik dia ni pergi..


kan.. kemain seronok dapat bebas..


lagi.. 


dan lagi..


anak manja ayah


eh manja ibu jugak la..


manja ibu dan ayah la :)


Semoga anak ibu diberi kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh ye sayang..
ibu dan ayah sayang kamu sangat-sangat...


Tuesday, September 04, 2012

Raya 2012


Selamat Hari Raya, 
again.. lambat nak wish.. Rasanya sekarang ni semua sibuk buat puasa 6 , menghadiri rumah terbuka kan..

Raya kami tahun meriah sebab anak bujang sorang tu dah besar sikit.. dah boleh jalan.. 

Tiap-tiap tahun raya pertama saya kat rumah mak mertua.. 
lagipun bukan jauh mana pun,  sebelah umah je.. 
dah beraya dengan mak mertua  , baru beraya ke rumah mak saya pulak..

Beraya di rumah mertua dan dirumah saya memang berbeza.. Adik beradik disebelah suami tak ramai tapi di sebelah saya sgt la havoc.. Adik beradik je da 10 orang, cucu mak abah saya je dah 20 orang, cicit 6 orang.. bayangkan la.. memang kecoh.. 

Tahun ni mak saya sediakan rendang 20 ekor ayam , raya kedua habis licin..
raya ketiga buat lain.. hehe.. mana tak seronok , apa je yang mak masak semua habis.. 

Raya kedua , Danish demam. mungkin sebab penangan lemang.. Aduh lah anak, raya pertama dia tak mahu makan nasi langsung.. makan lemang sesaje, asal nampak batang lemang je, mula la "nak mam.." "nak mam"..  haih la sayang..


Syawal kali ni baru dapat gambar bertiga. Duk pk, tahun lepas apsal tak de gambar bertiga nih..

Sesi bersalaman, bermaafan.. Danish salam dengan atok..

Abang Thaqif yang sentiasa kecoh.. Danish cousin.

with adik and anak buah.. Dan besar panjang memasing..

Nak beraya , budak ni excited sungguh beraya.. 

Di rumah sepupu.

Dah puas beraya.



Monday, August 13, 2012

Persiapan Raya


Alhamdulillah, hari ni da 24 Ramadan.
Sekejap je masa berlalu, kita da hampir ke penghujung..
Sedih pulak rasanya.. :(

Kami tak prepare apa-apa lagi untuk raya.. untuk Danish awal2 dah beli..
Untuk mak ayahnya macam biasa, saat2 akhir semua..
Ni pun tunggu masa yang sesuai nak shopping..
Baju raya tak de lagi..
Jgn takde langsung sudahla kan.. 

Kali ni excited lebih sikit, sebab Danish dah pandai macam2, 
dah boleh lah kutip duit raya..hehe

Kuih raya pulak , saya order dari kawan-kawan opis ni je..
Keropok pun tunjuk-tunjuk pastu bayar..
haha.. dah tak rajin nak buat.. 

Langsir, saya minta anak buah saya jahitkan..
Tak sempat nak siap sebelum raya katanya.. 
tak pe la..

Alahai dah xtau nak buat penutup macam mana . Rasanya itu je dapat update dulu..

K lah, selamat berbuka :)



psst: mana yang boleh bertarawikh tu, selamat bertarawikh ye..






Friday, July 20, 2012

Doa harian dibulan Ramadhan

Doa yang saya terima melalui email.. Saya panjangkan di dalam blog ini, Moga kita sama-sama dapat amalkan di bulan yang mulia ini..

Doa Hari - 1
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar
Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang
Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dari Tidurnya
Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian
Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa. 


Doa Hari - 2
Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan
Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca
Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dari Semua Pengasih!! 


Doa Hari - 3
Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku
Dari
Kebodohan Dan Ke sesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari
Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha
Dermawan Dari Semua Dermawan! 


Doa Hari - 4
Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan
Perintah-Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu.
Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan
Kemuliaan-Mu.
Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-Mu,
Wahai Dzat Yang Maha Melihat. 


Doa Hari - 5
Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan
Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia Serta
Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan
Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih. 


Doa Hari - 6
Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat
Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk
Balasan-Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapa t Menyebabkan
Kemurkaan-Mu,
Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang
Berkeinginan! 


Doa Hari - 7
Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya.
Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan
Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan,
Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat. 


Doa Hari - 8
Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim
Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan
Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung
Bagi Orang-Orang Yang Berharap 


Doa Hari - 9
Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan
Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan
Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan-Mu,
Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu. 


Doa H ari - 10
Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu,
Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang
Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-Mu
Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon. 


Doa Hari - 11
Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan
Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan
Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan
Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan. 


Doa Hari - 12
Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku
Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas
Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku
Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut. 


Doa Hari - 13
Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah
Kesabaran
Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan
Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan
Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin. 


Doa Hari - 14
Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Kulakukan.
Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan.
Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka
Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin. 


Doa Hari - 15
Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'.Dan
Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal,
Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut. 


Doa Hari - 16
Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan
Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama
Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai
Kepada Ala m Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian
Alam. 


Doa Hari - 17
Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat
Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa
Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada
Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan
Keluarganya Yang Suci. 


Doa Hari - 18
Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat
Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan
Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti
Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin. 


Doa Hari - 19
Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah
Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari
Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pembed Petunjuk Kepada Kebenaran
Yang Terang. 


Doa Hari - 20
Yaa Allah! Bukakanl ah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah Bagiku
Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran
Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min. 


Doa Hari - 21
Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keridhoan- Mu. Dan Janganlah
Engkau Bed Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku.
Jadikanlah Sorga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan, Wahai
Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta. 


Doa Hari - 22
Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untukku
Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada
Penyebab-Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Sorga-Mu
Yang Luas,Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan. 


Doa Hari - 23
Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari
Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus
Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa. 


Doa Hari - 24
Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan-Mu,
Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang
Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk
Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para
Peminta. 


Doa Hari - 25
Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan
Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah
Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi. 


Doa Hari - 26
Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan
Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib
ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar. 


Doa Hari - 27
Yaa Allah! Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah
Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku,
Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang

Te rhadap Hamba- HambaNya Yang Sholeh. 


Doa Hari - 28
Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah
Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah
Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak
Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta. 


Doa Hari - 29
Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan
Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih
Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min. 


Doa Hari - 30
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di,Atas
Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-Cabangnya Kokoh
Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya
Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam dan disudahi dengan Aminnnnn.......

Ramadhan



Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan atas semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah di lakukan

baik secara langsung mahupun melalui dunia maya,

Jauh didalam hati yang senantiasa didalam genggaman Allah,

mengucapkan :Selamat Menyambut Ramadhan

" Marhabban Ya Ramadhan,

 

Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memberikan Barkahnya di Bulan penuh Hikmah ini.

  



Friday, July 06, 2012

hAPPY bIRTHDAY dANISH sAYANG


Semoga menjadi anak yang soleh, diberikan kesihatan yang baik sentiasa ye sayang..
We Love you so much.. Tak tergambar dengan kata - kata..


Wednesday, June 13, 2012

~Sajak Buat Breastfeeding Mothers~


tersentuh pun ada bila baca sajak ni..
jumpa di FB mumdreams , terus copy and paste kat blog ni..


~Sajak Buat Breastfeeding Mothers~


Sebalik box putih itu
tersimpan air putih suci
sebagai tanda kasih
untukmu anak yang jauh dari sisi


Disitu tersimpan erti tabahku
terik mentari membakar kulit
tak kubiar ia jatuh kebumi walau setitis
kerana anugerah itu hanya untukmu


siapa kata aku tak rindu
siapa kata sayangku lelah
siapa kata tangismu tak kudengr
siapa kata ku tak mimpi riangmu


Di sebalik celoreng itu,
kusimpan sabar untukmu
disaat senjata ditangan
seakan kau hadir dalam rahimku
memberiku semangat untuk tegar 
di bawah terik di atas lumpur


Di sebalik box itu,


tersimpan sejuta kasih yang sukar dirungkai
walau harganya bukan wang ringgit
tapi tiap titisannya adalah jiwa
kusimpan rapi sebagai erti kasih
kerana cinta ku setinggi gunung
hampir lupa erti malu
mengendong box putih kesana sini
demi anakku tercinta


disebalik Box Putih,


Jika aku tak malu membawanya
jika aku tahan mengangkatnya
jika aku sabar menjaganya
jika aku setia menyimpannya
jika aku jujur memerahnya
jika aku tabah menjaganya
jika aku syukur mendapatnya
semua itu hanya keranamu anakku


Disebalik Box Putih itu


hanya aku dan Tuhan yang mengetahui
setiap helaian urat kecil
dalam hatiku mengalir
rasa cintaku pada mu melebihi segalanya


nukilan : Amir Shah Noor Ahmad, 11/05/2012
Selamat hari ibu

Credit to : http://cinta-mummy.blogspot.com/2012/05/sajak-buat-breastfeeding-mothers.html

Wednesday, June 06, 2012

Wordless Wednesday




- k e k a c a n g -

Tuesday, June 05, 2012

Bahagia..




A good wife gives happiness and long life to her husband. Allow me, dear, for our anniversary to wish you to share this long life with me!
Happy second Anniversary .. 



For little Danish, Wishing you a year of smiles, giggles and fun. Happy birthday baby.



Wednesday, May 30, 2012

wordless wednesday : Terima kasih atas rezekimu Ya Allah


Syukur alhamdulillah..

Thursday, May 24, 2012

-Beriadah di hari minggu -

ouchh.. lamanya xupdate..
ieja semakin malas.. tolong lah..huh

Memandangkan Ahad lepas my hubby tak de kerja nak buat , tak kan nak duduk rumah je kan..
Kena la rehat minda, otak segala..
Jom jalan-jalan..


..


..

Kami ke taman KLCC.. Sebenarnya dah lama sangat tak datang sini..
Keluar rumah pun sudah lewat petang , kebetulan pula  masa sampai ni hujan.. Memang memasing melenggang je la.. Tak bawak keluar baju mandi budak kecik ni.. 


Tak pe la, dapat cecah kaki dalam air tu pon dah ok dah kan..



Bukan main seronok lagi dia ..



Tengok orang keliling berlari, bukan main lagi dia menegur.. 





Nampaknya itu saja la laporan kali nih..
Sekali sekala beriadah macam ni best jugak.. selalu bawak Danish gi tasik je..  :)

Friday, May 04, 2012

Happy Birthday Husband :)






You are my Husband, 
my love and most of all 
my Best Friend & 
I Love You! 


So on your birthday, I'm thanking God again for you and for the love He's given us.  I'm looking forward to celebrating many more birthdays together because I can't imagine sharing life with anyone but you! 

You have a very special place in my heart.  We have shared together the blessings of God. 

Happy Birthday my Handsome :) :) 

Wednesday, April 18, 2012

buat kamu Anak..



Malam tadi, ibu tak boleh nak lelapkan mata,
Ayah pon sama... kami tenung muka kamu..
lenanya kamu sayang.... ada masanya kamu bergerak-gerak...
pusing kanan,pusing kiri,
barangkali tidak selesa agaknya....


Macam-macam kami bualkan...
Ayah awak terlalu rancak merancang untuk kamu...
Gelak tawa kami, sikit pon tak mengganggu tidur kamu...
Ayah cakap, letih sangat tu.. kadang2 terdengar jugak dengkuran comel...
Alahaiiiii..  :)

Pagi tadi, masa ibu hantar kamu dirumah pengasuh, kamu peluk ibu erat2...
macam tak nak lepas... macam tau-tau je nenek tak de kan... hari ni mak usu yang sambut kamu.. punyala kuat kamu nanges.. cepat2 ayah tarik ibu keluar rumah..
Dalam lift, ibu pon nanges jugak... cengeng..hehe..


Kalau boleh dan kalau banyak duit, ibu tak nak kerja... nak jaga kamu setiap masa... tp itulah... dah namanya " kalau ".


* Hari ni fikiran ingat kat budak tu je,....


Thursday, April 12, 2012

Danish 9 month

Anak bujang dah besar.. dah banyak ragam.. Hari-hari ada je keletah baru yang buat ibu tersenyum..  Sekarang dah mula tawaf 1 rumah.. dapur je tak masuk lagi.. hee.. 
Bila salah seorang masuk bilik air, dia mula la tegur, bodek suh angkut dia sekali kot.. hehe

Lagi satu kalau ibu masak kat dapur, dia suka intai-intai.. Sekarang dah tak berapa gemar masuk walker, maybe sebab pergerakan terbatas kot..  

kalau merangkak boleh macam ni.. 


Main elok elok ye nak...


..


..




..














..



eh belum lagi..













..









pastu macam ni pulak










..





..



alahai siannya.. tersepit dia... baru dengar dia nangis.. 



** Sekarang ibu dah tak boleh tinggal awak sesuka hati..