Friday, January 27, 2012

Mana best??


JENGG.. Tajuk tak boleh belah..

..


..


..


..


..

..
Makanan mak bapak..

..



..



..


..


..
Makanan anak..

hehe :)



Tu je nak update.. terasa lapar pulok..


Danish selsema..


Sudah 2 hari Danish kena selsema.. Siannya saya tengok dia..
Tidur tak lena ,
Makan tak mau,
Menyusu pun kurang,
Mandi je dia suka..

Harap- harap balik ni, dah kurang la selsemanya..

Sebelum Danish tidur, saya letakkan vicks baby di batang hidung , ubun dan dada dia..


Saya guna STERIMAR juga.. spray dalam hidung dia.


Rindu


Friday, January 20, 2012

Mood dah ke laut..


Esok start cuti Chinese New Year..
Tahun ni Family Day Keluarga Atok Johari still buat kat Pulau Pangkor..
Tahun lepas Danish masih dalam perut..
Tahun ini ibu bolehlah kecoh-kecoh tepi laut,
Dah boleh join diorang main bola dalam air sampai mengah..
naik banana boat,
naik buai hayun laju-laju..
Kang bila malam, dah boleh join main kotak beracun,


eh seronok lah..

lagi seronok, sebab Danish ada..


** selamat bercuti untie-untie sekalian.. Kita nak ikut ibu kita gi laut lagi...



Monday, January 16, 2012

Danish with Homemade Food..


Saya dah mula beri Danish makan..
Umur genap 6 bulan je, saya dan suami mula la, teruja nak sediakan makanan si kecil kami pulak.. Berebut-rebut nak suapkan Danish.. hee.. :) Terkejut agaknya anak kecik tu..

Ok, memandang Danish baru nak belajar makan, saya buatkan bubur yang dicampur bersama carrot dan ubi kentang.. Biasa la, masak bubur agak lama jugak sebab nak pastikan , beras betul2 masak.. Kalo tak, tercekik si kenit Danish.. Dah betul-betul masak, saya biarkan sebentar sebab lepas tu nak blend pulak..

Blender comel hadiah dari opah Danish yang comel jugak.. :)


taraaa.. dah siap.. tengah tunggu tuan dia nganga je..


Memandangkan Danish ni nak makan duduk, ayah pulak tak mau beralah, berebut nak suapkan anak.. Diletaknya Danish dalam carseat.. hahaha.. Anak pon seronok.. jangan berkecah sudah.. Jenuh ibu nak basuh dikkk..



1st makanan masuk dalam mulut dia, terkebil-kebil jugak dia.. pelik agaknya.. Jadi dah dapat sekali nak lagi, bagi lagi nak lagi.. akhirnya.. Danish berjaya habiskan 1 1/2 sudu makan.. yang lain ibu simpan sebab nak bagi pada nenek.. Kita cuba sikit-sikit dulu, dah biasa nanti kita tambah sikit lagi ye.. Ops jangan lupa berikan juga dengan air masak..



haaa... ni feveret intan payung bucuk masam ibu.. minum air suam... Lepas makan je awak merasa air suam ni nak.. minum lah... hehe


Wednesday, January 11, 2012

Sedang mencari antivirus Rota

Lagi pasal virus Rota.. Saya sangat-sangat susah hati.. Banyak artikel yang saya baca, virus ni mudah berjangkit..

Now, saya tengah cari mana-mana Klinik Swasta yang ada suntikan antivirus ini.. Sebab tak semua klinik ada.. Mengikut kata pengasuh Danish, bayaran untuk 1 suntikan ialah RM200..

Demi keselamatan anak, tidak salah kita keluarkan sedikit belanja.. Bak kata orang tua, sediakan payung sebelum hujan.. Kalau dah kena, tak guna nak menyesal.. :)


** Ibu sentiasa doakan anak ibu dijauhkan dari sebarang penyakit..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, January 10, 2012

Perhatian :: Virus Rota


Sebelum ni saya tak pernah tahu tentang kewujudan virus ni.. Ini pun saya tau dari pengasuh Danish kerana cucu dia telah terkena virus ni..
Mari baca info ni:

TAHUKAH anda, hampir setiap kanak-kanak akan dijangkiti virus Rota sekurang-kurangnya sekali sebelum mencecah usia lima tahun?

1. Sedar akan hakikat itu, satu kempen pendidikan, Operation Diaper telah dilancarkan oleh syarikat Farmaseutikal, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Malaysia (GSK) di Kuala Lumpur baru-baru ini bagi meningkatkan kesedaran tentang kadar kelaziman jangkitan virus Rota. Kempen itu juga bertujuan menekankan kepentingan pencegahan sebagai sebahagian daripada komitmen bagi memperbaiki kehidupan.

2. Operation Diaper ingin meningkatkan tahap sensitiviti ibu bapa terhadap simptom-simptom jangkitan virus Rota dan kesannya terhadap anak mereka.Virus Rota merupakan salah satu punca utama masalah cirit-birit dalam kalangan bayi dan anak-anak kecil. Menurut statistik global, kira-kira 440,000 kanak-kanak meninggal dunia akibat jangkitan virus Rota setiap hari.

3. Antara simptom jangkitan itu termasuk demam panas, muntah dan diikuti cirit-birit. Lazimnya, masalah demam panas dan muntah akan berlanjutan sehingga sembilan hari. Cirit-birit bagaimanapun boleh berterusan sehingga tiga minggu.

4. Muntah yang berlanjutan dan cirit-birit membawa kepada masalah yang lebih besar iaitu dehidrasi.”Dehidrasi adalah satu masalah besar apabila dijangkiti virus Rota. Percaya atau tidak, dehidrasi tahap serius boleh membawa maut. Satu kajian telah dijalankan di Asia iaitu melalui Rangkaian Pemantauan Virus Rota Asia oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat (AS).

5. “Hasil kajian menunjukkan kira-kira 57 peratus kemasukan ke wad akibat kes cirit-birit di Malaysia berpunca daripada jangkitan virus Rota,” menurut seorang perunding dan pakar pediatrik dari Pusat Perubatan Sime Darby, Dr. Khoo Phaik Choo.

6. Sebagai penyakit yang mudah berjangkit, virus Rota boleh tersebar menerusi najis ke mulut. Penyakit ini biasanya berpindah daripada manusia kepada manusia menerusi barangan mainan serta objek-objek yang tercemar.Virus tersebut sangat lasak memandangkan ia boleh hidup selama berjam-jam di atas tangan atau sehingga lima hari dalam persekitaran biasa.

7. “Biarpun membasuh tangan sangat penting, ia tidak bermakna bilangan virus yang ada akan berkurangan. Sebabnya, sabun biasa tidak boleh membunuh virus itu.”Jadi, penting bagi ibu bapa berbincang dengan doktor tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencegah anak mereka daripada terkena jangkitan,” tambah Dr. Phaik Choo.

8. Bayi berusia antara tiga bulan hingga 24 bulan paling cenderung terdedah kepada virus Rota. Kira-kira 71 peratus daripada kesemua kes virus Rota berlaku dalam tahun pertama kehidupan seorang bayi.Oleh itu, langkah-langkah pencegahan seperti pemberian susu ibu dan pembasmian kuman di kawasan bermain atau pada barangan mainan secara kerap harus dilakukan.Pengambilan suntikan vaksin adalah kaedah pencegahan terbaik terhadap jangkitan virus Rota, lebih-lebih lagi pada awal usia seseorang bayi.

9. “Orang ramai perlu tahu impak penyakit yang dihidapi oleh seseorang anak ke atas ibu bapanya, sama ada dalam bentuk tekanan emosi atau bebanan kewangan.”Secara puratanya, kos kemasukan ke wad untuk satu kes jangkitan virus Rota adalah sekitar RM750 di sebuah hospital bandar di Malaysia. Ini belum lagi termasuk kos lawatan pesakit luar atau perubatan serta kos-kos lain seperti lampin, penjagaan kanak-kanak dan sebagainya,” jelasnya.

10. Selain itu, masalah muntah dan cirit-birit yang serius juga akan menjurus kepada kegagalan fungsi buah pinggang, kejutan dan kerosakan otak.Anak yang telah dijangkiti virus Rota harus segera mendapatkan rawatan bagi menggantikan kehilangan air di dalam badan. Pada kebanyakan masa, penggantian air itu perlu dilakukan menerusi intravena. Apapun mencegah lebih baik daripada mengubati. Suntikan vaksin perlu diberikan kepada anak sebagai pencegahan terbaik.

11. “Virus Rota boleh berlaku kepada hampir semua kanak-kanak. Namun, apa yang dikesalkan tahap kesedaran orang ramai terhadap penyakit ini dan cara-cara mencegahnya masih di tahap rendah.

12. “Jadi, Operation Diaper ingin mengubah keadaan ini menerusi kerjasama dengan golongan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan. Kami ingin mendidik ibu bapa tentang penyakit ini dan cara mencegahnya,” ujar Naib Presiden dan Pengarah Urusan (Serantau) GSK Pharmaceutical, Francis Del Val.
****************************************

ini saya dapat dr : http://www.rileks.info/coollist/bahaya-virus-rota-untuk-kanak-kanak/


Thursday, January 05, 2012

Danish 6 month

Dah malam baru perasan hari ni sudah 5 haribulan.. Alhamdulillah, ini bermakna anak ibu dah 6 bulan.. Kejap je dah masuk tahun baru.. Semoga tahun baru ini , buka lembaran baru untuk kami sekeluarga.. Tahun 2011 banyak kenangan manis untuk kami kenang.. Paling tidak dapat dilupakan ialah kelahiran putera sulung kami. Tiada tolok bandingnya.. Tiada yang lebih gembira selain bergelar ibu.. Syukur Alhamdulillah.. :)

Berbalik cerita Danish.. Hari ni macam biasa pagi-pagi hantar Danish rumah nenek. Sekarang anak ibu sudah pandai eh, bila nenek yang ada depan pintu kemain suka lagi, tp kalo orang lain, kuyu je mata.. Haa.. Serius,kelakar tengok muka dia..

Oh ye , diusia 5 bulan 3 minggu, Danish dah ada gigi.. Patut selalu ibu selalu kena gigit.. Tapi ibu tak pernah terfikir awak tumbuh gigi.. Hingga lah pada satu malam tu, ayah menjerit.. Terkejut ibu.. Rupanya awak gigit tangan ayah..haha..

Danish sudah pandai mengesot.. Lepas ni, kemas la rumah kita.. Sekarang, ibu nak pegang pon dah tak boleh lama-lama.. Awak nak baring, meniarap, mengesot.. Tu je la kerjanya..

Hari ni saya lambat sampai kerumah sebab nenek yang mengasuh Danish buat makan-makan.. Katanya sebab danish sudah 6 bulan dan dia raikan saya berjaya BF Danish hingga sekarang.. Ya Allah, berkatilah keluarga ini.. Saya tak sangka dia menyokong saya sampai macam ni sekali.. Mulalah mata nak meleleh.. Hee..

ok lah, semoga Danish membesar dengan sihat, tidak banyak ragam ye nak.. Cepat-cepat belajar merangkak.. Anak ibu kuat kan.. :)
Ibu sayang kamu sangggaatt-sanggggat.. Tiada apa yang dapat menandingi kasih ibu dan ayah terhadap kamu sayang:)