Sunday, March 14, 2010

:: 81 Hari lagi ::

Salam..

Och.. apsal pagi ni mata tak boleh lelap langsung..
Risau pulak sebab banyak sangat benda tergendala..
Terutama tentang my wedding.. Cepatnya masa berlalu..

Tetiba boleh lak counting wedding date.. :)

Banyak benda aku nak buat, tp kenapa rasa macam xcukup masa??
Apakah kerana aku terlalu memikir sangat, aku jadi tensen..
yea memang tensen.. Aku rasa orang lain ok je.. boleh je handle..

Tp aku?? tah la.. minta dijauhkan la perasaan macam ni..


Dalam masa 81 hari ni, aku perlu kuatkan semangat..kan..kan..kan..

Next month aku dihantar berkursus selama 21 Hari.. Bermula 1 April - 21 April..
TAK BOLEH BALIK..Tempat masih belum ditetapkan.. Antara Taiping atau Terengganu..
dan selama ni jugak la aku perlu melupakan semua aktiviti DIY aku..
Rindu sehhh.. :) Nak kena ajar En Tunang la nampak gayanya... harap2 dia dapat bantu..


Giler.. 81 hari je lagi...








** Yang lebihnya , sedey nak tinggalkan En Ajid lama-lama..
hahaha... buley lak gitu kan..

Saturday, March 13, 2010

: Sesi menjawab Tag :

Salam..

Yup... xpenah aku buat "tag" , mana tak nya sebab ni 1st time aku kena tag ..haha..
Terima Kasih la bebanyak pada kawan aku
VIC sebab sudi men"tag" aku..
harap2 sama la seperti yang diharapkan.. Okies, mari mulakan..

..


..


1. Go to your photo files… select the 8th photo folder
Kalu xcukup buley x?haha.. ok.. dengan detailnya..

1. Ieja 2. Family Day PD 3. Game( pehal masuk kat Picture nih?? ) 4. Design Kad Kawen 5. Engagement 6. Design TQ Tag 7. Saye 8. Misi06June


2. Select the 8th photo in that folder


Misi06June.. biasala kan, orang mabuk nak kawen..aku rasa semua folder aku ada gambar2 berkaitan dengan preparation wedding.. xbrape nak bestkan.. tp apa nak buat dah tu jatuh no 8.. terima je la..hehe

3. Post that photo along with the story behind it



Takda la best mana pon.. Tp nak story gak sket kan..Actually ni gambar bunga telur untuk majlis berinai.. Aku da selesaikan sebulan yang lepas..

Kira ni gambar fresh la.. Siap je trus snap sebelum aku perukkan dia dalam kotak..


Dalam banyak2 bunga telur yang aku buat, ni la paling special.. sebab aku amik masa sehari je untuk siapkan semua.. Dari proses bentukkan dawai , celup dalam Dip , kering kan , lilitkan reben segala tu sampai la proses cantumkan sehingga jadi berkuntum2 kuntum bunga..Banyak ni aku buat 50 kuntum tu.. (budget macam ramai je nak tepung tawar aku nantikan..hehe).. So nanti kalo terasa nak bunga ni, mai la tepung tawar aku beramai2.. hehe


...xda story sangat la...hancuss


4. Then challenge 8 blogging friends to do the same.

1 . Zahra Ashikin aka Nurul
2. Farhanna
3. Rahani
4. Coretan Irza aka Nor
5. Zuriani
6. Nadz ( Perjalanan Hidup Nadz)
7. Nurul KLB
8. Hon3yb33

ok kawan-kawan.. sila.. sila.. hehe

sila menjawab..

Wednesday, March 10, 2010

:: DIY Pomander ball ::

Hye semua..

Yeah, kali ni nak update tentang pomander ball pulak.. Aku cadang pomander ni aku nak letak dalam bilik atau di pelamin mini untuk nikah nanti..

Memandangkan aku nikah kat umah, so rasanya nak buat pelamin mini .. DIY jugak.. just simple.. Rasanya nak letak jugak bijik2 pomander ni kiri kanan pelamin.. Ok jugak kot.. (^_^)

imagine je lebey kan..

1st aku try untuk buat pomander ni, aku beli bunga.. mak aih, banyak jugak guna bunga hanya untuk sebiji bola span yang bersaiz sederhana.. (kalo x silap no2 dari kecik.. ) aku lupa nak snap gambar.. harap korg paham la ya..

Meh kita buat perbandingan ye..

Aku beli bunga carnation.. setangkai ada 5 kuntum berharga RM4.50.. untuk sebiji bola ni aku perlu gunakan 5 tangkai bunga carnation tu.. Kalo dikira budgetnya.. untuk bunga sahaja dah menelan belanja RM 22.50.. Banyak jugak kita perlu berhabiskan..

Tp xpa la, sebab baru nak mula belajar.. aku xtau apa benda pon.. main taram je buat semuanya..



Ni bunga carnation yang aku maksudkan.. memang cantik.. padan la dengan harga.. :)



Ni bila, da siap.. huh.. sangat xkemas..
Tapi memandangkan saya suka dengan benda2 macam ni.. jadi saya nekad nak buat jugak guna crepe paper.. dan saya da cuba..
hasilnya...
...
...
..
..



xla secantik seperti carnation yang aku beli tu.. tp jadi la kan.. kalo selitkan crepe paper warna hijau, mungkin cantik jugak kot..hehe

..
dan sekarang aku da berjaya siapkan 4 biji pomander ball.. tinggal lagi 2 biji..
huh balik ni mengadap lagi..
ops sebelum lupa.. budget untuk buat pomander ball ni sebijik hanya kira2 rm 5 sahaja..
mahal jugak ke?

** ada berita x besh la :( .. nnt aku update lain kali ye.. nak balik da.. cauu..