Friday, September 14, 2012

Semalam dan Hari ni..


Selamat Petang,


Sebenarnya mood dah kemana da ni.. Esok cuti hingga Isnin,  rasa macam banyak aktiviti nak di buat minggu ni.. Nak kemas rumah.. nak kemas rumah.. 

Nak menjahit baju customer pon ye.. Alhamdulillah rezeki.. 
Satu untuk konvo cust di USM kena siap before 19hb ni,
dan 3 lagi, baju kawen kawan saya.. yang ni saya akan update later.. 


Tadi godek-godek album lama.. terjumpa gambar danish masa 10 hari.. nak kena check kuning.. Danish kena kuning masa hari ke 3, so kena tahan wad sehari.. itu mungkin sebab saya minum pati haruan. Doktor cakap, baru lepas bersalin tu , haruan hidup sahaja yang boleh dimakan , pati haruan tak digalakkan.. Boleh menyebabkan bayi kena kuning..

So, dah tau tu, serta merta saya berhenti minum pati haruan tu , sempat minum sebotol je.. alhamdulillah, Danish kena tahan wad sehari jerk.. lepas je kena kuning, saya paksa dia minum susu, tido pon saya kejut, suh minum susu jugak , sebab ibu dia  fobia nak duk wad lagik.. haha.. ( padahal xde la teruk benar duk wad.. )


....



..




Ni dia budak kecik ni.. Berat lahir 3kg




Masa nikah cousin di Ampang ( 4 bulan )


Ok , dah kul 5.. Nak balik jumpa, budak bucuk ni..
Selamat bercuti..
Salam 1 Malaysia.. Yeah..


Thursday, September 06, 2012

Teruna 1 Tahun 2 bulan


Syukur Alhamdulillah.. 
Tak pernah saya berhenti bersyukur padamu Ya Allah, kerana memanjangkan usia saya, untuk merasai segala nikmatmu ini..

Anak kesayangan saya ,  Danish da  1 tahun 2 bulan.
Rasa macam dah besar sangat gayanya.. :) dah pandai berjalan, dah pandai sakat orang , kuat mengelamun bila bangun tido dan paling hebat dah pandai panjat tangga.. ha, yang last tu ibu xberapa suka.. Jantung  berdegup kencang je bila dia tiada kat port slalu dia, depan tv..

Danish dah paham banyak benda.. bila anjing sebelah rumah bising, cepat-cepat ke pintu sambil mulut tak henti " dog..dog.. " yang xtahan, dengan bunyi-bunyi sekali keluar..

Macam malam tadi, dia baring golek-golek depan tv, sekali kat siling ada cicak, cepat -cepat bangun dan dtg kat saya, tarik tangan sebab nak tunjuk cicak tu.. " cak .. cak.. hooo.."  alahai sangat comell.. dah la jalan terkedek-kedek.. :)

Danish cukup senang kalau nak potong kuku dia.. Kalo nak potong kuku kaki, siap landing kat bantal, pastu terus lunjur kaki.. kelakar kan..

Bila henpon saya atau suami berbunyi, nanti dia cakap "pah, tok" .. sebab dia tau agaknya atok dengan opah hari-hari akan call nak cakap dengan dia..

Bila lepas makan, saya minta dia letak pinggan dalam sinki, laju je letak, pastu bising cakap " dah...dah"

Mulut boleh tahan riuh.. kalau dia tido, senyap je umah..

Danish belum pandai nak sebut " ibu " lagi.. tapi kalau panggil ayah, alahai lembut je suara.

Bila saya siap bertudung, dia laju gi pintu pastu " jom..jom" sambil tangan pegang kat tombol pintu.. :) 

dan macam-macam lagi perubahan Danish..

Dah tak nak berpegang.. 


with abang Thaqif. Abang yang selalu setia ikut kemana adik dia ni pergi..


kan.. kemain seronok dapat bebas..


lagi.. 


dan lagi..


anak manja ayah


eh manja ibu jugak la..


manja ibu dan ayah la :)


Semoga anak ibu diberi kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh ye sayang..
ibu dan ayah sayang kamu sangat-sangat...


Tuesday, September 04, 2012

Raya 2012


Selamat Hari Raya, 
again.. lambat nak wish.. Rasanya sekarang ni semua sibuk buat puasa 6 , menghadiri rumah terbuka kan..

Raya kami tahun meriah sebab anak bujang sorang tu dah besar sikit.. dah boleh jalan.. 

Tiap-tiap tahun raya pertama saya kat rumah mak mertua.. 
lagipun bukan jauh mana pun,  sebelah umah je.. 
dah beraya dengan mak mertua  , baru beraya ke rumah mak saya pulak..

Beraya di rumah mertua dan dirumah saya memang berbeza.. Adik beradik disebelah suami tak ramai tapi di sebelah saya sgt la havoc.. Adik beradik je da 10 orang, cucu mak abah saya je dah 20 orang, cicit 6 orang.. bayangkan la.. memang kecoh.. 

Tahun ni mak saya sediakan rendang 20 ekor ayam , raya kedua habis licin..
raya ketiga buat lain.. hehe.. mana tak seronok , apa je yang mak masak semua habis.. 

Raya kedua , Danish demam. mungkin sebab penangan lemang.. Aduh lah anak, raya pertama dia tak mahu makan nasi langsung.. makan lemang sesaje, asal nampak batang lemang je, mula la "nak mam.." "nak mam"..  haih la sayang..


Syawal kali ni baru dapat gambar bertiga. Duk pk, tahun lepas apsal tak de gambar bertiga nih..

Sesi bersalaman, bermaafan.. Danish salam dengan atok..

Abang Thaqif yang sentiasa kecoh.. Danish cousin.

with adik and anak buah.. Dan besar panjang memasing..

Nak beraya , budak ni excited sungguh beraya.. 

Di rumah sepupu.

Dah puas beraya.