Friday, April 17, 2009

DOA ISTERI UNTUK SUAMI TERSAYANG

baru dpt mail member seangkatan..
rasanye sesuweii bebenor dipraktikkan oleh kaum isteri dan bakal2 isteri..

:: DOA ISTERI UNTUK SUAMI TERSAYANG ::

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah
sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu

Ya Allah
ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi I
steri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..



* sungguh syahdu kan.. :)

Saturday, April 11, 2009

:: Menanti hari esok.. ::

Esok family aku turun kl..
nak bli barang aku sket..
hehe... barang utk tung nnt..
xtau nak bli ape sebenarnye..
sajer survey n kalo berkenan aku amik je kot..
utk tung aku xbuat besor pon..
just kecik2 jerk..maybe utk kawan n saudara mara..
lagipun majlisnye lambat lagik..
prepare awal2 mungkin senang kan..

skang nih aku tgh wat bekas utk bg pada tetamu..
tp aku xbawak cable lak..
nnt bebiler aku preview kat cni eh..
simple jerk...tp aku rasa menarik..
paham2 je la menda wat sendri kan..hee..

Thursday, April 09, 2009

:: Sekadar Renungan ::

tension sungguh hari nih,,banyak keje.. dok baca mail jerk and at last sy jumpa mail nih..
Kesah yang saya rasa berguna utk dijadikan renungan oleh suami isteri dan bakal suami isteri...

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. "
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Puaskah Siti sayangku..?" "Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Saturday, April 04, 2009

:: Dia Cinta Hati ::

Jam da menunjukkan kul 3.18 pagi..
mata aku xmengantuk pulak..
berdekah ngn batuk jerk.. "minta2 cepatlah chat"hee
tetiba teringat lak kat mr ajid..td die dengan murah hati anta aku g keje..
thanx syg coz snggp dtg dr jauh sbb nak anta i g keje yang opis nye seciput jerk dr umah..
nih nak share pengalaman aku ber"couple" ngn mamat nih..

p/s: kalo korg rs nak tau korg boley la teruskan membaca eh, tp kalo rasa geli better tekan "X"..


YEAR 1
7 januari 1998

Masa tu aku ting 2, mr ajid ting 4.. (mak aih, da gatai..) die minta kawan ngn aku.. nak blajar couple konon.. padahal sebelum tuh die la musuh kuat aku kat kg tuh..
erm sebelum lupa.. aku ngn mr ajid sekampung.. umah pon selang surau jerk..hee..
kami xpenah baik..asal jumpa gadoh.. xtau la ape sbbnye.. erm bila pk balik skang nih, aku bersyukur, sekurang-kurangnye aku da xder musuh..hhee..sory syg i penah anggap u musuh i tau..
erm cntinue citer asal.. xtau la nape boley lak aku trima jerk.. da la intonasi minta kawan pon tah pape.. yang aku igt gini die lamar aku jd gf die..

mr ajid : weh cik (org kg pggl aku cik) aku nak kawan ngn ko la..ko nak x kawan ngn aku??
sayer : x nak.. ko jahat..
mr ajid : ala kawan la ngn aku.. aku suke ko..
sayer : ok.. kita cuba.. tp kalo ko xberubah kita putus..( br kawan siap bg syarat lagik huh..)

zaman kanak2, xmatang langsung.. tp alhamdulillah lepas tu hub kami baik.. da ader senyuman.. tp still kurang berckp.. aku pelik knape aku ley trima die..???

YEAR 2
7 Januari 1999

W/pun da setahun.. kami ttp sama..
kalo jumpa still kurang bercakap.. cuma rancak di telefon..
aku da mula busy ngn PMR.. die busy ngn SPM..
yang pasti kami ttp xpernah keluar berdua.. masih tiada istilah dating..alhamdulillah...
tp taun kedua nih die sudah kerap telefon...setiap masa..
nak gi sekolah col, balik sekolah col..
gi tuisyen, balik tuisyen col lagik..
malam sebelum solat maghrib col.. lepas ishak col..
(huh..mr ajid kamu mmg banyak membazir)
tp alhamdulillah.. exam kita ok kan..
  • anniversary aku dapat music box kristal, birthday aku dapat pen.. :)i luv u..
  • moral: jgn slalu gayut telefon.. mak bapak marah..:)
YEAR 3 - YEAR 5
2000-2002

time nih aku study berlarutan hingga aku abis SPM..
Mr ajid da mula keje.. die keje hicom shah alam..
lagi la kami xjumpa.. tp still berhubung dgn tpun..
kalo jumpa pon akak die yang bawak aku.. sungguh sporting akak die..
thnx kak.. luv akak jugak.. kami keluar ber4..
aku, mr ajid , kak yah and abg amid..
tp masa nih ader citer sedey.. oleh kerana kak ipar aku xsetuju aku bercinta time sekolah..
aku ipar aku da sound mr ajid..(tlg jgn ganggu adik akak die nak exam..)
tp aku dpt rasa ader perubahan..mr ajid da x col aku..da jarang balik kg..
dan xbalik umah selama 6 bulan.. smpai aku abis exam.. mana die menghilang??

tp masa aku nak amik result xsangka die tggu depan sekolah...

syoknye time tuh (hati aku berbunga riang.. ye aku da semakin sayang die..)
  • tahun2 tu aku dapat cincin emas(sempena 1st gaji die), baju . telekung and kain ela... sungguh takut hub xbertahan lama sbb org tua2 ckp xbaik bagi baju..
YEAR 6 - YEAR 9
2003 - 2007

Aku da smbg study kat Melaka.. yer keperhatinan semakin menyerlah..hehe..
die berulang kl-melaka berteman kan moto kapcainye sebulan sekali or 2 kali sbb nak jenguk aku.. sedeynye sbb penah skali tuh die redah ujan lebat balik kl..terharunye sayang..
Time aku study kat Melaka ni la aku da pandai kuar ber2..hee...
aku amik ms 6 tahun jugak utk kuar dating.. 3 tahun aku kat melaka..
rutin bulanan ttp sama.. Kalo die xdatang Melaka, kami akan jumpa kat kg jerk..hehe..
biasalah pengikut setia ialah kak yah and abg amid.. 2 insan yang sporting..
terlalu baik suami isteri nih.. erm aku bahagia, perasaan benci pd mr ajid da bertukar menjadi sayang..
tp memori ms kecik akan aku igt... nakalnye die keterlaluan..igt lagik ....
aku jd mangsa sumpit kertas die,
kalo main baling tin bukan tin yang dibalingnye..
aku yang jd mangsa.. huh..sungguh kuang asam btoll..
kalo main guli lak, guli aku dicuriknye.. ee apa punya org da..

YEAR 10
2008

Aku xsangka Mr Ajid yg selama nih brutal da mula bg aku bunga..
xsangkanye sayang u da berubah jd mat bunga..heee.. ceh dalan hati sebenarnye suka..
tu la yang ditunggu dr mula kawan kan.. hipokrit la ko ieja..
tahun 2008 kami banyak berjalan menghabiskan duit..
merata-rata gi jln.. gi bukit fraser, lata kinjang , dok daki hutan, genting highland ,
melaka , penang.. yang pasti kami bukan berdua..
katanye tggu kawen kalo nak gi mkn angin ber2..hee..
ala org xkesah pon gi reramai lagik sronok.. yg penting u ade sayang..

YEAR 11
2009

ALHAMDULILLAH.. hubungan kami da genap 11 tahun 7 january lepas..
Doa moga dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat..
InsyaAllah hub ni akan naik ke step ke 2 bulan 6 nih..
btol ke aku da nak bertunang nih?? harap2nye jd seperti yang dirancang,,
minta jgn ade penangguhan lagik..aku mungkin da kene prepare dr skang..
mungkin korg pelikkan knape amik masa terlalu lama utk ikat tali pertunangan??
jawapannye sbb skang br aku rs bersedia..
thnx to kedua2 pihak keluarga kerana merestui hub kami..

love
ieja^ajid



Friday, April 03, 2009

:: Layan ::

tgh xder keje nih aku dok layan lagu rossa nih..
best la plak..
kroje si halim yg suh aku dgr lagu nih coz die ckp lagu nih membela wanita..
aku suke !!..

:: Hey Ladies.. by rossa ::
Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis
Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi
Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur
Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semua bohong
Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis
kiter same2 layan eh....

:: Jamuan Lewat Hari ::

Aduh tensennye kerja time xchat nih..
borink+letih+tensen.. semua ada...
Arinih dak opis wat jamuan perpisahan..
kitorg akan berpecah..
Nampaknye da xsama da pasnih..
Sedeynye..
LOKASI: Menara TM, Level 1
MASA : 11 pm
GROUP 4

Menu ms jamuan td bihun sup, sate kajang , kek yg berbagai n jajan2..
sate kajang yang ditaja oleh bos Mr Rajan.. thanx a lot...



layan je la gmbar nih eh...


* kek mesti tukang tempah suka warna ijau nih..hee *


* air coke tp aku xrasa pon sakit tekak..huhu*



*xtau sape punye mee rebus nih, banyak btol..hee*

by Abg Napi...Thanx sifuu.. :)



* Kek mentega..xtau apa rasa..*


* Pisang utk lawas air besar.. *








* aku yang sibuk nak interframe jugak..hee*


























































































































































































































Wednesday, April 01, 2009

:: aku & dia ::








erm tajuk xigt macam lemah sgt..hee...
sebenarnye hari nih aku letih giler..
bdn xchat..selsema, batuk, sakit tekak..
malam td mkn ubat selsema, smpai tgh hari ni aku rasa ngntuk..
hari xder citer menarik pon..
cuma, saje nak kongsikan bersama..
aku dpt brite kawan baik aku akan langsungkan
majlis perkahwinan die ujung taun nih..:)
aku tumpang gembira .. at last die boley decide
mcm tuh..w/pun banyak dugaan die sebelum nih..
awe..
aku xsaba nak jumpa ko minggu nih..