Friday, October 09, 2009

:: cukupkah sekadar simpati????? ::

Aku dan Aziah

Dulu.. kami terlalu akrab.. Terlalu rapat..

berkongsi apa jua cerita.. segalanya...

sedey, gembira, suka duka...

tp...... aku xtau knape, da bertahun aku cari...

da puas aku menunggu..

kenapa kau perggggiiiiiiii

..........

....

...

..

..

.

seperti biasa , malam td aku dpt panggilan dr En Ajid..

tp lain benar butir bicaranya kali ni..

katanya nak pertemukan aku dengan insan yang da lama aku cari..

puas aku fikir, smpai 1 tahap En Ajid da xblh nak sorok..

dia nak bawa aku jumpa Aziah.. teman baik aku merangkap adik angkat En Ajid..

Ya Allah.. bersyukur aku atas pertemuan ini..

....

Tp kembalinya dia kali ni xseceria dulu..

bicaranya , tingkahlakunya , rauh wajahnya..segalanya da berubah..

Aku da mula terfikir sesuatu..seperti ada yang xkena..

Kami bawa dia keluar makan..

Puas dengar celotehnya..

3 tahun aku tggu saat ni..

3 tahun aku berharap utk dengar suara ni..

3 tahun aku simpan segala cerita utk aku ceritakan padanya..

tp........ setelah selesaikan makan..dia mula bersuara,

dengan nada perlahan dia minta maaf pd aku dan En Ajid sbb senyap tanpa berita..

Katanya 3 tahun tu dia pergi bersebab..

kerana xmampu nak menerima hakikat bahawa dirinya menghidap sakit

BUAH PINGGANG YANG KRONIK..

kedua- dua buah pinggangnya ROSAK..

bertahun dia menghabiskan masa di hospital..

katanya dirinya umpama patung..di cucuk jgn cakap..tebukan da blh dikira..

tahun lepas, tebukan di kiri dan kanan leher telah dilakukan..

katanya utk memasukkan ubat.. perlu dicuci setiap masa..

xmampu aku nak tgk kesan tebukan tu..

air mata da xmampu bertahan.. terlerai juga sudahnya..

katanya dia sudah kurus.. aku katakan tak, kau xkurus..

kau berisi.. sambil menggelengkan kepala,

dibukanya baju sejuk yang tersarung...

diangkat sedikit bajunya.. Ya Allah.. xmampu aku nak tengok..

ku lihat wayar dan seperti uncang aku kira ada diperutnya..

perutnya ditebuk.. setiap 4 jam dia perlu memasukkan glukosa kedalam tiub tu..

sakit.... amaaatt saaakkiitt...

dan katanya selepas setahun, dia dapat tahu menghidap DARAH TINGGI pula..

kepala sentiasa pening.. penah beberapa kali dia pitam..

Hingga 1 tahap dia pernah terkena SAWAN..

..

Ya Allah... tabahkan kawan ku ini...

Dalam keadaan sebegitu..

benar kata pepatah, ibarat jatuh ditimpa tangga,

ibu yang sentiasa disampingnya, peneman tidur, pendengar setia, tetiba menghidap strokk...

Dia da xmampu nak menangis, hanya berserah..

Abang dan kakaknya lah segalanya.. sanggup berkorban apa saja..

Dan sekarang dia menghidap SLE ..

ini yang aku dapat cari.. SLE bermaksud

Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.
Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.
Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.
Sekarang dia sedang menunggu laporan dr Doktor..
utk melakukan pembedahan pd kedua2 buah pinggangnya..
tp...
masih mencari penderma..
apa yang patut aku lakukan????
cukupkah sekadar aku katakan kesian padanya..


** aziah, aku doakan segalanya yang terbaik buat ko..
aku harap ko kuat,
walaupun aku xdpt baca apa yang ada dlm fikiran ko..
aku sayang ko..


with luv,
ieja"mcik

5 comments:

  1. 1stly.. slmat hr raya ieja..
    pape pun sabar.. cousin fara pun de sorg yg mngidap SLE... mmg sedih tgk dia.. xde life... pg balik hospital.... pape pun doakan terbaik utk dia..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya Fara..
    erm ye la fara..ye la..tp kita nak wat mcm mana kan..hope dia tabah..

    ReplyDelete
  3. ieja..mcm xpecaya jer.pempuan dlm gamba ni tgh melawan penyakit sebegitu byk ker?x sangka la..dia nampak sgt sihat dlm gamba ni.sedey betol baca kisah dia.saya xdpt tlg tp saya mampu berdoa semoga dia dpt kekuatan dan ketabahan utk mengharungi penyakit seme tu.

    ReplyDelete
  4. ye diah.. pd mulanya ieja pon xpercaya.. nmpk dia mcm sihat..
    tp bila dia tunjuk kesan jahit, kesan tebukan, menangis saya..

    thanks diah atas keprihatinan awak..saya pon doakan moga dia cepat sembut..

    ReplyDelete
  5. tersesat ke sini.

    Doa banyak2 eh....Ada juga seorang kawan pengidap SLE. sedihkan

    ReplyDelete

apa kata kamu