Tuesday, January 10, 2012

Perhatian :: Virus Rota


Sebelum ni saya tak pernah tahu tentang kewujudan virus ni.. Ini pun saya tau dari pengasuh Danish kerana cucu dia telah terkena virus ni..
Mari baca info ni:

TAHUKAH anda, hampir setiap kanak-kanak akan dijangkiti virus Rota sekurang-kurangnya sekali sebelum mencecah usia lima tahun?

1. Sedar akan hakikat itu, satu kempen pendidikan, Operation Diaper telah dilancarkan oleh syarikat Farmaseutikal, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Malaysia (GSK) di Kuala Lumpur baru-baru ini bagi meningkatkan kesedaran tentang kadar kelaziman jangkitan virus Rota. Kempen itu juga bertujuan menekankan kepentingan pencegahan sebagai sebahagian daripada komitmen bagi memperbaiki kehidupan.

2. Operation Diaper ingin meningkatkan tahap sensitiviti ibu bapa terhadap simptom-simptom jangkitan virus Rota dan kesannya terhadap anak mereka.Virus Rota merupakan salah satu punca utama masalah cirit-birit dalam kalangan bayi dan anak-anak kecil. Menurut statistik global, kira-kira 440,000 kanak-kanak meninggal dunia akibat jangkitan virus Rota setiap hari.

3. Antara simptom jangkitan itu termasuk demam panas, muntah dan diikuti cirit-birit. Lazimnya, masalah demam panas dan muntah akan berlanjutan sehingga sembilan hari. Cirit-birit bagaimanapun boleh berterusan sehingga tiga minggu.

4. Muntah yang berlanjutan dan cirit-birit membawa kepada masalah yang lebih besar iaitu dehidrasi.”Dehidrasi adalah satu masalah besar apabila dijangkiti virus Rota. Percaya atau tidak, dehidrasi tahap serius boleh membawa maut. Satu kajian telah dijalankan di Asia iaitu melalui Rangkaian Pemantauan Virus Rota Asia oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat (AS).

5. “Hasil kajian menunjukkan kira-kira 57 peratus kemasukan ke wad akibat kes cirit-birit di Malaysia berpunca daripada jangkitan virus Rota,” menurut seorang perunding dan pakar pediatrik dari Pusat Perubatan Sime Darby, Dr. Khoo Phaik Choo.

6. Sebagai penyakit yang mudah berjangkit, virus Rota boleh tersebar menerusi najis ke mulut. Penyakit ini biasanya berpindah daripada manusia kepada manusia menerusi barangan mainan serta objek-objek yang tercemar.Virus tersebut sangat lasak memandangkan ia boleh hidup selama berjam-jam di atas tangan atau sehingga lima hari dalam persekitaran biasa.

7. “Biarpun membasuh tangan sangat penting, ia tidak bermakna bilangan virus yang ada akan berkurangan. Sebabnya, sabun biasa tidak boleh membunuh virus itu.”Jadi, penting bagi ibu bapa berbincang dengan doktor tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencegah anak mereka daripada terkena jangkitan,” tambah Dr. Phaik Choo.

8. Bayi berusia antara tiga bulan hingga 24 bulan paling cenderung terdedah kepada virus Rota. Kira-kira 71 peratus daripada kesemua kes virus Rota berlaku dalam tahun pertama kehidupan seorang bayi.Oleh itu, langkah-langkah pencegahan seperti pemberian susu ibu dan pembasmian kuman di kawasan bermain atau pada barangan mainan secara kerap harus dilakukan.Pengambilan suntikan vaksin adalah kaedah pencegahan terbaik terhadap jangkitan virus Rota, lebih-lebih lagi pada awal usia seseorang bayi.

9. “Orang ramai perlu tahu impak penyakit yang dihidapi oleh seseorang anak ke atas ibu bapanya, sama ada dalam bentuk tekanan emosi atau bebanan kewangan.”Secara puratanya, kos kemasukan ke wad untuk satu kes jangkitan virus Rota adalah sekitar RM750 di sebuah hospital bandar di Malaysia. Ini belum lagi termasuk kos lawatan pesakit luar atau perubatan serta kos-kos lain seperti lampin, penjagaan kanak-kanak dan sebagainya,” jelasnya.

10. Selain itu, masalah muntah dan cirit-birit yang serius juga akan menjurus kepada kegagalan fungsi buah pinggang, kejutan dan kerosakan otak.Anak yang telah dijangkiti virus Rota harus segera mendapatkan rawatan bagi menggantikan kehilangan air di dalam badan. Pada kebanyakan masa, penggantian air itu perlu dilakukan menerusi intravena. Apapun mencegah lebih baik daripada mengubati. Suntikan vaksin perlu diberikan kepada anak sebagai pencegahan terbaik.

11. “Virus Rota boleh berlaku kepada hampir semua kanak-kanak. Namun, apa yang dikesalkan tahap kesedaran orang ramai terhadap penyakit ini dan cara-cara mencegahnya masih di tahap rendah.

12. “Jadi, Operation Diaper ingin mengubah keadaan ini menerusi kerjasama dengan golongan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan. Kami ingin mendidik ibu bapa tentang penyakit ini dan cara mencegahnya,” ujar Naib Presiden dan Pengarah Urusan (Serantau) GSK Pharmaceutical, Francis Del Val.
****************************************

ini saya dapat dr : http://www.rileks.info/coollist/bahaya-virus-rota-untuk-kanak-kanak/


Thursday, January 05, 2012

Danish 6 month

Dah malam baru perasan hari ni sudah 5 haribulan.. Alhamdulillah, ini bermakna anak ibu dah 6 bulan.. Kejap je dah masuk tahun baru.. Semoga tahun baru ini , buka lembaran baru untuk kami sekeluarga.. Tahun 2011 banyak kenangan manis untuk kami kenang.. Paling tidak dapat dilupakan ialah kelahiran putera sulung kami. Tiada tolok bandingnya.. Tiada yang lebih gembira selain bergelar ibu.. Syukur Alhamdulillah.. :)

Berbalik cerita Danish.. Hari ni macam biasa pagi-pagi hantar Danish rumah nenek. Sekarang anak ibu sudah pandai eh, bila nenek yang ada depan pintu kemain suka lagi, tp kalo orang lain, kuyu je mata.. Haa.. Serius,kelakar tengok muka dia..

Oh ye , diusia 5 bulan 3 minggu, Danish dah ada gigi.. Patut selalu ibu selalu kena gigit.. Tapi ibu tak pernah terfikir awak tumbuh gigi.. Hingga lah pada satu malam tu, ayah menjerit.. Terkejut ibu.. Rupanya awak gigit tangan ayah..haha..

Danish sudah pandai mengesot.. Lepas ni, kemas la rumah kita.. Sekarang, ibu nak pegang pon dah tak boleh lama-lama.. Awak nak baring, meniarap, mengesot.. Tu je la kerjanya..

Hari ni saya lambat sampai kerumah sebab nenek yang mengasuh Danish buat makan-makan.. Katanya sebab danish sudah 6 bulan dan dia raikan saya berjaya BF Danish hingga sekarang.. Ya Allah, berkatilah keluarga ini.. Saya tak sangka dia menyokong saya sampai macam ni sekali.. Mulalah mata nak meleleh.. Hee..

ok lah, semoga Danish membesar dengan sihat, tidak banyak ragam ye nak.. Cepat-cepat belajar merangkak.. Anak ibu kuat kan.. :)
Ibu sayang kamu sangggaatt-sanggggat.. Tiada apa yang dapat menandingi kasih ibu dan ayah terhadap kamu sayang:)

Friday, December 30, 2011

EBM Disember



Penah suatu ketika saya kehabisan stok EBM untuk dibekalkan pada pengasuh Danish..
Hanya Allah je yang tau,betapa risaunya saya.. Berganda usaha yang saya lakukan..
Syukur Alhamdulillah, sekarang saya hanya teruskan aktiviti mengepam seperti biasa..
Saya perlu jaga pemakanan.. tak boleh stress..

Sekarang Danish sudah hampir 6 bulan.. InsyaAllah saya akan terus membekalkan susu buatnya hingga usianya 2 tahun..

Freezer dah penuh dengan susu tapi belum sampai ke tahap kena beli peti baru :) ..
Puas pk mcm mana nak jimatkan ruang, hingga lah saya terbaca di blog Pn Farah , alhamdulillah.. sangat-sangat membantu.. :) Banyak info yang saya dapat.. Thanks sangat-sangat..


Setiap plastik saya isi 4 oz susu.


Hasil semalam.. masih belum dipindahkan ke dalam freezer.


Alhamdulillah.. Walaupon tidak sebanyak orang lain, tapi saya tetap bersyukur, sekurang-kurang bekalan untuk Danish pada hari esok masih ada..



Friday, December 23, 2011

Usaha Tangga Kejayaan nak...


Danish sudah boleh meniarap ( 4 month)

Danish pandai meniarap masa umur dia 4 bulan.. Actually time ni, ibu dengan ayah dia yang excited lebih.. Ye la , baru nak meniarap , dengar ayah ckp "go..go.. " terus tak jadi nak meniarap da.. terlentang sambil sengih-sengih..

Sebelum tu, saya dia risau sangat sebab anak kawan saya pandai meniarap masa umur 3 bulan..
lepas je tau, saya terus search internet, ye la, risau jugak kan..
Kenapa anak saya lambat pulak ni? tapi bila saya baca kat forum susuibu.com , rasa lega juga.. Ada baby yang cepat, ada baby yang lambat.. so kena sabar..

Sekarang Danish dah angkat-angkat punggung.. dah boleh capai-capai barang.. Nenek cakap dah nak merangkak pulak.. Botol susu nak pegang sendiri, kalau nenek pegang, sambil senyum-senyum tolak tangan nenek..Kalau dengan saya , dia tolak botol tu sebab nak susu fresh..
Kalau saya paksa jugak, dia nangis.. kesian pulak..


Tak mo nanges-nanges ye sayang ..


Friday, December 16, 2011

Jangan perlekehkan usaha orang lain




Saya tak peduli apa orang kata.. sebab..




Dari awal mengandung saya sudah berniat, saya hendak susukan anak saya..

Saya selalu berdoa agar Allah mudahkan jalan saya, banyak kan susu saya..

Dan sekarang Allah dah makbulkan.. Saya bersyukur sangat-sangat..

Cuma saya perlu usaha.. kalau hanya cakap tapi kalau tak buat tak boleh jugakkan.



Dan inilah usaha saya sekarang..

Mengepam tak kira masa, tak kira tempat.

Saya tak ambil kesah kesana kemari usung beg pam..

Saya tak ambil peduli orang kata saya pembekal susu..

Saya pekakkan telinga bila ada yang perlekehkan usaha saya..

Saya dengar je bila ada yang pandang rendah pada susu ibu..

Saya tak pernah balas bila ada yang bersuara " lama mana sangat nak bagi anak susu badan ? "

Semua saya diamkan.. tidak sesekali saya akan balas.. sedangkan saya tau, kata-kata macam ini lah yang mengguris hati seorang ibu..

sebab saya yakin satu hari nanti, mereka akan senyap..




Saya suka dengan apa yang saya buat sekarang..


Hasil perahan 5.30 pagi tadi.


Saya akui kadang-kadang saya rasa down sangat-sangat.. dan saya percaya semua ibu-ibu pun akan rasa benda yang sama bila usaha kita dipandang rendah. betul tak?

Thursday, December 15, 2011

Imej Baru.. hehe

Yeyy.. akhirrnyaa... Header dah bertukar..
terima kasih pada nor sebab peka dengan imej blog ni..
Bosan agaknya asyik tengok benda sama je kan... betul tak nor? hehe
Nak harap tuan punya blog, memang sangat-sangat tak rajin.
Nak post entry pun bertangguh dari tahun ke tahun, bulan ke bulan, hari ke hari..

..



.


tengok mood malas datang lagi....

bye..

Saturday, December 10, 2011

Danish 5 month

Umur Danish dah menginjak ke 5bulan.. Syukur Alhamdulillah, sihat anak ibu.. Dah macam-macam keletah awak sekarang.. Rasa baru je ibu lahirkan awak nak..

Danish memang sangat-sangat memberikan kerjasama.. Mudah sesuai dengan keadaan..Hopefully sampai besar la ye.. :)

Ibu dan Ayah sayang kamu sangat-sangat..